Tokens?

TITLE; perselisihan politik antara pencerobohan???
Friday, March 1, 2013 | 5:14 AM | 0 comments
16 feb 2013

 BERITA BAIK UNTUK RAKYAT SABAH: Tentera Philipina sedang menyiasat siapa yang SPONSOR dana Militan ini, melalui transaksi Perbankan Philipina hari ini. Konspirasi Politik bermula,Tentera Philipina juga telah berada di sepanjang Pantai Philipina di tempat Kumpulan Militan ini mula menyeberangi Laut ke Lahad Datu. Sekarang Kumpulan militan ini tersepit, balik pun akan ditempur oleh tentera Philipina habis habisan dan disini pun mereka hanya diberi 3 hari saja lagi untuk berundur. Tentera elit malaysia kebanyakkannya orang sabah dan Sarawak tidak sabar sabar lagi ingin menjalankan pertempuran bila bila masa. Konspirasi Politik untuk menakut nakutkan Orang Sabah tidak kesampaian. (Baca Zamboangan Press-15hb.02.2013) Tentera Philipina mengatakan Militan ini memalukan Negara Philipina dan merupakan penjenayah antarabangsa. Tentera Philipina masih mencari dalang yang sponsor Militan Militan ini. Wayang Kulit mula nak berakhir !!!(SHARE: VKJ)




TITLE; keadaan di kg Tanduo
| 5:08 AM | 0 comments

17 feb 2013














TITLE; IGP: Warga asing bersenjata dikepung di Sabah
| 5:01 AM | 0 comments
Tarikh: February 14, 2013

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah, semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar malam tadi berkata, kumpulan tersebut menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata, pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

"Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi.

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam tadi, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat di sini, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Disember lepas.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata "tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara."

Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata, polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya belum terima apa-apa maklumat... ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat," katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan hari ini berhubung perkara itu.

Pada November lepas, seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata dari sebuah ladang di kawasan pedalaman di bahagian pantai timur Sabah.

Selain insiden itu, pada September 1985, sebuah bank dan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Lahad Datu pernah dirompak oleh 26 lelaki dan
seorang wanita, yang bersenjatakan M-16, pelancar grenade dengan kumpulan itu berpakaian ala tentera.

Dalam rompakan itu 11 orang awam terbunuh manakala seorang pengawal dan tiga orang awam cedera.


 - Bernama





Penceroboh di Lahat Datu keturunan Sultan Sulu
2013/02/14 - 19:27:55 PM

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.

Beliau berkata, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Setakat ini rundingan berjalan dengan baik dan kita jangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PencerobohdiLahatDatuketurunanSultanSulu/Article/

MyTawau - https://www.facebook.com/mytawau




TITLE; kenyataan Ketua Polis Negara
| 5:00 AM | 0 comments


13 Feb 2013
PAGI INI TELAH DI KEJUTKAN DENGAN SEBUAH KENYATAAN YANG DI KELUARKAN OLEH (KETUA POLIS NEGARA)  POLIS DIRAJA MALAYSIA berhubung dengan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu..













TITLE; perkembangan bayi dalam kandungan
Sunday, February 17, 2013 | 11:22 PM | 0 comments
PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

1 Bulan
Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

2 Bulan
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput

3 Bulan
Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

4 Bulan
Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

5 Bulan
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

6 Bulan
Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

7 Bulan
Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

8 Bulan
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

9 Bulan
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.




copy and paste

TITLE; pure marine collagen
Saturday, February 16, 2013 | 7:33 PM | 0 comments

Kebaikan Kolagen Asli

  •  KAYA DGN OMEGA-3 YG AKAN MEMBUAT KULIT KENYAL DAN KENCANG.
  •  MERAWAT MASALAH KULIT
  •  IODINE YANG TERDAPAT DI DALAMNYA DIKATAKAN MAMPU MEMPERBAIKI FUNGSI KELENJAR THYROID SEKALIGUS MENCEGAH PENYAKIT SEPERTI GOITRE (KELENJAR THYROID MEMBENGKAK).
  •  MENGENCANGKAN/MELICINKAN KULIT
  •  MAMPU MERENDAHKAN KADAR ACIDIC DALAM MAKANAN YANG DIAMBIL, JUSTERU SESUAI DIMAKAN BERSAMA NASI DAN LAUK-PAUK BERPROTEIN YANG MANA KEDUA-DUANYA BERSIFAT ACIDIC. CONTOH MAKANAN YANG MENGGUNAKAN KONSEP INI ADALAH ONIGIRI DAN SUSHI.
  •  KENAPA SIFAT ALKALINE DALAM RUMPAI LAUT ITU TINGGI? ANTARANYA ADALAH DISEBABKAN KEHADIRAN MINERAL YANG TINGGI DAN PELBAGAI DI DALAMNYA, MENCUKUPI UNTUK KEPERLUAN MANUSIA. TAMBAHAN, RUMPAI LAUT ADALAH ANTARA TUMBUHAN YANG MEMPUNYAI BANYAK MINERAL DIDALAMNYA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SAYUR DARATAN YANG LAIN. ANTARANYA IALAH KALSIUM, KALIUM, ZAT BESI, MAGNESIUM, IODINE, DAN ZINC.
  • KAYA DENGAN SERAT, MESKIPUN STRUKTUR KOMPOSISINYA TIDAK SAMA DENGAN TUMBUHAN/SAYUR DARAT. INI SECARA LANGSUNG MAMPU MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH SI PEMAKANNYA.
  • BERSIFAT ANTI-MUTAGEN DAN ANTI-OKSIDAN, JUSTERU MAMPU MERENDAHKAN KADAR KOLESTROL DAN MENCEGAH KEDATANGAN PENYAKIT SEPERTI KANSER DAN PENYAKIT JANTUNG.
  • BEBERAPA JENIS RUMPAI LAUT BERTINDAK SEBAGAI AGEN DETOX. TERDAPAT KOMPONEN DI DALAMNYA YANG MAMPU BERGABUNG DENGAN METAL TOKSIK DALAM SISTEM PENCERNAAN KITA, LALU DINYAHKAN SECARA SEMULAJADI.
  • EKSTRAK RUMPAI LAUT (FUCOIDAN) JUGA DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN PIL DIET. PIL DIET TERSEBUT MAMPU MEMBUATKAN KITA RASA CEPAT KENYANG APABILA MAKAN DENGAN SEDIKIT.
  • MULA DIPERKATAKAN DALAM DUNIA KESIHATAN SEJAK BEBERAPA PULUH TAHUN YANG LALU, SEDANGKAN IA SUDAH MENJADI SEBAHAGIAN DIET ORANG TIMUR, TERUTAMA YANG MENETAP DIPINGGIR PANTAI, SEJAK BERZAMAN LAGI.

RUMPAI LAUT (SEAWEED) ADALAH SEJENIS TUMBUHAN YANG HIDUP DALAM PERSIKATARAN SEMULAJADI AIR LAUT. ANTARA JENIS RUMPAI LAU YANG SESUAI BAGI TUJUAN KOMERSIAL IALAH ENCHEUMA COTTONII DAN ENCHEUMA SPINOSUNM DAN JUGA YANG BIASA DI TANAM DI NEGARA KITA DAN JUGA ASIA TENGGARA.
CARAGEENAN YANG TERDAPAT PADA RUMPAI LAUT ADALAH BAHAN TERBAIK YANG DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGENTAL ATAU GEL YANG BIASA DIBUAT KUIH SEPERTI AGAR-AGAR.
RUMPAI LAUT JUGA KAYA DENGAN SUMBER MINERAL KERANA IA HIDUP DI LAUTAN. ANTARA ZAT MINERAL YANG TERKANDUNG DI DALAM LAUT IALAH KALSIUM, SODIUM, MAGNESIUM, POTASSIUM, ZAT BESI DAN ZINK. RUMPAI LAUT TURUT KAYA DENGAN VITAMIN SEPERTI VITAMIN A DALAM BENTUK BETA KAROTEN, B1, B2, B6, NIASIN, VITAMIN C SERTA FOLIK ASID.
IA JUGA DIPERCAYAI MEMBANTU MENINGKATKAN KESIHATAN RAMBUT DISAMPING MENGATUR SISTEM METABOLISME, MENINGKAT ALIRAN DARAH, MENGAWAL SISTEM METABOLISME, MENINGKAT KEREMAJAAN KULIT DAN MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN MENTAL DAN TUBUH. RUMPAI LAUT DAN MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN MENTAL DAN TUBUH. RUMPAI LAUT JUGA ADALAH SUMBER PROTEIN DAN SERAT.